
Ketahui 10 Tanda Suami/kekasih Curang Pada pasangan, Ada Affair Dan Skandal!!
Tanda suami curang
kepada isteri, selalunya kita pasti terbaca di laman sesawang atau berita
terkini kes suami curang. Yang pelik nya isteri dia tu cantik cun melecun
tapi si laki tetap curang. Namun tak semua lelaki begitu dan tak semestinya
isteri tak pandai curang kepada suami. Disini Am mahu kongsikan 10 tanda suami
anda curang kepada anda.
Jangan ingat suami yang
baik di depan anda tidak akan curang.Jangan pandang remeh, sebenarnya banyak
tanda suami curang kepada isteri yang isteri sendiri yang tidak sedar.
Percayalah suami yang tampak bagai seorang 'family-man' itulah yang cukup berbahaya.
Mereka pandai merahsiakan sesuatu dari isteri sendiri. Ketahui 10 Tanda Suami
Curang Pada Isteri, Ada Affair Dan Skandal!!
1. Marah-marah bila isteri
tanya suami kat mana.
Hastag: awak kat mana,
sayang kat mana. Bila isteri tanya, 'Malam semalam pergi mana?'. Suami jawab,
'Eh, pergi rumah Aminin la,tengok bola Machester United lawan Arsenal. Kalau
tak percaya call Aminin tu', sambil mendengus. Tengok nama Am juga yang jadi mangsa
kan tolong cover line..ceh memang hampeh dapat kawan cam gini. Itu biasanya
lelaki akan cuba menggelak pertanyaan dari wanita supaya tak kantoi. Percayalah,
bila lelaki bersikap defensif apabila ditanya ke mana dia pergi, itu adalah
satu petanda yang tidak baik. Kalau betul, kenapa nak tinggikan suara kan.? Lagi
satu, suami ni sangat fobia dengan fungsi 'location tracking;.Fungsi ni memang
ramai yang guna produk dari Maxis iaitu 'Friend Finder' akan membuat suami
tidak senang duduk.
2. Menjadi samada lebih
ghairah atau tidak ghairah dengan isteri Sangat pelik kalau suami tidak melayan
isteri di ranjang untuk memenuhi tuntutan seksual. Sebab lelaki normal tidak
akan menolak ajakan isteri untuk melayari bahtera rumah tangga.Namun, apabila
suami ghairah tidak bertempat, lain dari kebiasaan ia juga satu petanda dia
menyimpan perempuan lain. Suami sebenarnya rasa bersalah dan ingin menebus
kesalahan dengan melayani isteri sebaiknya. Lebih teruk, apabila suami telah
bersama dengan skandalnya tu, ia akan menaikkan hormon testosteron. Dan isteri
di rumah lah yang menjadi mangsa rakusnya, walaupun ai halal.
3. Tiba-tiba
berperwatakan kemas & berpenampilan menarik Kalau dulu tidak pernah peduli
dengan penampilan diri. Sekarang tiba-tiba suami 'tuck in' baju ke dalam
seluar. Baju kemeja ata t-shirt, hatta jika ingin ke kedai, suami akan seterika
sendiri. Sebelum ni bau minyak wangi pun tak boleh, hari ni dah pandai pakai
minyak wangi juga sudah pandai beli sendiri. Seluar kecik sebelum ni isteri yang
pilih dan belikan, sekarang suami dah pandai memilih. Janggut dan misai pun dah
pandai 'trim'. Hati-hati la yer wahai kaum hawa. Pada zahirnya nampak seperti perubahan
positif, sebenarnya 'ada udang disebalik batu'.
4. Perubahan sikap suami
yang ketara
Sekadar peringatan untuk
kaum hawa, antaranya tanda lain ialah 'mood' suami juga berubah-rubah. Hurm
sekejap baik sekejap melampau, sekejap kasar. Sekejap marah, sekejap tak marah.
Sekejap cium isteri, sekejap malas nak pandang isteri. Kenapa ye..? Biar Am bagitahu
rahsia dia sebenarnya perkara kat atas berlaku disebabkan dalam hati suami ada
orang perempuan dalam sesuatu masa, dia rasa tak dan cemas.
5. Sudah pandai bawa
telefon bimbit dalam tandas Takkan nak masuk tandas pun bawa telefon..? Buat
apa nak bawa 'handfone' dalam tandas. Pelik kan.. selalunya alasan suami untuk bermain
game ' Clash Of Clan' atau game-game lain itu sekadar contoh aje. Tak usah
percaya sebab tu adalah satu penipuan yang perlu diselidik. Suami sebenarnya
ambil peluang untuk bermain mesej dengan skandalnya dari pengetahuan isteri dan
anak-anak.
6. Telefon bimbit ada
kata laluan Pasangan suami isteri sepatutnya sentiasa berterus-terang antara satu
sama lain. Tiada rahsia perlu disimpan. Jadi apabila suami meletakkan
'password' pada handphone dengan alasan takut anak 'delete' mesej penting
adalah karut semata-mata.
7. Menjadi seorang
perahsia & tidak mahu bercakap Selalunya, suami akan bercerita apa yang
berlakau di pejabat. Apabila dia tidak lagi mahu bercakap dengan isteri dan
mula berahsia tentang aktiviti hariannya, isteri patut selidik. Suami akan
berkata dia sebenarnya penat dan perlukan rehat. Sebenarnya, dia penat untuk melayani
dan mencintai dua perempuan dalam satu-satu masa.
8. Asyik suruh isteri
balik rumah mak Dulu selalu marah bila isteri ingin melawat mak dan ayah.
Sekarang asalkan hujung minggu sahaja, nak hantar isteri dan anak-anak balik kampung.
Apatah lagi cuti sekolah. Kalau boleh sepanjang cuti sekolah dia mahu
bersendirian. "Ada banyak kerja, selalu balik lambat".Alasan yang tak
munasabah.Dulu tidak pernah tolong 'packing' beg untuk balik kampung.Sekarang
suami terlebih rajin pula tolong isteri siapan beg, kemaskan baju dan permainan
anak untuk di bawa pulang.
9. Naluri seorang ibu,
'6th sense' atau 'woman instinct'Ini ialah tanda yang paling jelas dan
terakhir. Bila isteri " Macam ada something yang tidak kena je",
sebenarnya memang ada sesuatu yang tidak kena. Jarang sesekali telahan isteri
itu salah. Rasanya tak perlu dipertikai kan lagi setiap isteri memang
dikurniakan deria keenam yang tiada siapa boleh menidakkannya.
10. Terlebih 'caring;
pada isteri Selalunya, suami kita tak bergitu. Tiba-tiba sahaja, dia berubah menjadi
baik. Kalau berlaku perubahan mendadak sebegini, tentu ada sesuatu yang tidak
kena. Orang bila dilamun cinta, begitulah hendaknya. Senyum memanjang. Bila
bersama isteri sendiri, dia teringat bersama 'skandal'. Sebab itulah asyik
senyum je. Hi nama pun dah lelaki, cukup mudah ditafsir apatah lagi yang menaip
artikel ini juga adalah seorang lelaki hesem..Masalah ni memang selalu terjadi,
tak kira anda berstatus seorang datin sekalipun. Selalunya lelaki curang
sewaktu isteri dalam keadaan berpantang selepas bersalin. Sebab waktu tu isteri
tak dapat beri apa yang suami mahukan so si laki ni akan cari wanita lain yang boleh
penuhkan kehendaknya.. Jaga-jaga ye sekadar peringatan bersama. Akhir kata dari
Am semoga anda semua berhati-hati dengan perubahan suami. Sama-sama kita berdoa
agar dapa melayari rumah tangga yang harmoni dan bahagia.
0 Response to " Ketahui 10 Tanda Suami/kekasih Curang Pada pasangan, Ada Affair Dan Skandal!!"
Posting Komentar